UJIAN-UJIAN ASMA
Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk mengesahkan Asma anda.
Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk mengesahkan Asma anda.
- X-ray dada digunakan untuk memeriksa sebarang keabnormalan pada paru-paru.
- Kiraan sel darah juga amat berguna untuk mengesan Asma. Ini kerana penghidap Asma mempunyai paras eosinofil yang tinggi. Eosinofil merupakan sejenis sel darah putih yang akan meningkat parasnya dalam keadaan alahan. Sel darah diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran eosinofil. Peningkatan sel darah putih secara keseluruhan juga boleh menandakan kehadiran jangkitan yang boleh mencetuskan serangan Asma.
- Ujian alahan pada kulit. Ujian ini adalah untuk memastikan kehadiran alahan pada seseorang individu. Ujian ini boleh mengesahkan kewujudan alergen-alergen yang mungkin menyebabkan tindakbalas alahan kepada pesakit tersebut.
- Ujian-ujian tambahan seperti ujian fungsi pulmonari dan gas darah arteri juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti fungsi paru-paru pesakit.








0 ulasan:
Catat Ulasan