Selasa, 13 Mei 2014

ASAS SAINTIFIK

Posted by Unknown 8:03 PG
Asas saintifik

Sistem respiratori manusia terdiri daripada:

  1. Hidung - sebagai pintu masuk udara persekitaran yang mengandungi oksigen dan juga sebagai pintu keluar bagi karbon dioksida. 
  2. Saluran Udara - berperanan sebagai laluan sebelum udara memasuki paru-paru dan selepas udara dibebaskan dari paru-paru. Saluran udara ini mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiul (bronkus yang lebih kecil).  
  3. Paru-paru - tempat di mana berlakunya pertukaran di antara oksigen yang disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah. 
Semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah:
  • Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/ spasma). 
  • Penghasilan mukus yang berlebihan.
  • Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara. 

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus. Pengidap asma akan merasa seperti tercekik. Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuk ke paru-paru, udara ini akan terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi.  






0 ulasan:

Catat Ulasan

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube