Sistem pernafasan adalah pengambilan oksigen (O2) dari
udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air. Sistem pernafasan mempunyai 4 komponen iaitu :
1. Laluan Udara (Airway)
mulai dari hidung / mulut ke paru-paru.
Laluan Udara Atas
Laluan Udara Bawah
Hidung dan
Mulut Trakea
Tekak
(faring) Bronkiol Alveolus
2. Paru-Paru (Pulmonari)
– sepasang organ yang terletak di ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk,otot-otot interkosta,tulang vertebra dan tulang sternum. Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen kanan dan 2 segmen di kiri yang memenuhi rongga dada. Paru-paru diselaputi oleh selaput
yang dipanggil pleura. Di dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti
kapilari di mana berlakunya pertukaran gas.
3. Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot
(neuromuscular Apparatus) – tulang-tulang rusuk, tulang strenum, diafragma dan otot-otot dada (Intercostal muscles). Satu bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot-otot interkostal dan diafragma semasa mengembangkan / menguncupkan ruang rongga dada untuk pernafasan.

4. Saluran Darah (vessels)
– Vena, arteri, kapilari.
Arteri pulmonari membawa darah
yang tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru.
Jaringan kapilari membuat
pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan alveolus.
Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-paru ke jantung.
Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-paru ke jantung.

0 ulasan:
Catat Ulasan