PENGENALAN
Terdapat dua jenis asma iaitu :
1. Asma alahan
- Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru.
- Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma.
- Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.
DESKRIPSI
- Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang kronik yang melibatkan saluran udara.
- Saluran udara ini merupakan laluan bagi udara yang disedut untuk memasuki paru-paru.
- Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Terdapat dua jenis asma iaitu :
1. Asma alahan
- Dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik.
- Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat.
- Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini.
- Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain dalam makanan.
- Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.
2. Asma bukan alahan
2. Asma bukan alahan
- Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman).
- Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki
- Ia adalah kronik.
- Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini.
- Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.
Keterukan asma
- Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari.
- Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
- Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.







0 ulasan:
Catat Ulasan