TANDA-TANDA DAN GEJALA
Penghidap Asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada saluran udara.
Penghidap Asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada saluran udara.
- Semasa keradangan, penghasilan mukus akan meningkat. Pesakit akan batuk untuk membuang mukus tersebut. Batuk merupakan mekanisma semulajadi untuk membuang bendasing yang tidak diperlukan di dalam sistem penafasan.
- Keradangan juga menyempitkan lagi saluran udara dan menyebabkannya spasma (kejang). Ini menyebabkan penghidap Asma mengalami kesesakan nafas dan penyempitan dada. Bunyi ronkus dihasilkan apabila udara melalui saluran udara yang sempit.
- Apabila kurang udara memasuki paru-paru, maka kuranglah oksigen yang dibekalkan. Kekurangan oksigen ini menyebabkan muka dan bibir pesakit asma berubah menjadi pucat dan kebiruan dan nadi pesakit juga akan meningkat. Apabila gejala ini muncul, beri rawatan pertolongan cemas dan dapatkan bantuan dengan segera.
KOMPLIKASI
Seseorang individu yang menghidap asma lama kelamaan akan mengalami kesan jangka panjang jika penyakitnya tidak dikawal dengan betul. Kesan-kesan buruk yang mungkin berlaku termasuklah:
- Keletihan bernafas- Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah disebabkan penyempitan saluran udara yang menyebabkan pesakit susah untuk menyedut udara. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk bernafas, sehingga pesakit berasa letih.
- Pneumotoraks- Satu keadaan di mana berlakunya pengumpulan udara yang berlebihan di bahagian-bahagian tertentu dalam paru-paru. Ini terjadi kerana penghidap asma menghadapi masalah untuk menghembus udara keluar. Ini menyebabkan lebihan udara terkumpul di dalam paru-paru.







0 ulasan:
Catat Ulasan