Selasa, 13 Mei 2014

PENCEGAHAN

Posted by Unknown 9:35 PG
PENCEGAHAN 

Setiap pesakit Asma mempunyai pencetus Asma yang berbeza. Pertama sekali anda perlu memahami pencetus Asma anda sebelum boleh mengelakkannya. Penghidap Asma alahan perlulah mengawal persekitaran di luar dan di dalam rumah. Berikut merupakan petua untuk mengurangkan pencetus Asma di dalam rumah.

  • Bersihkan kawasan luar dan dalam rumah setiap hari untuk menghapuskan habuk. 
  • Membasuh serta membersihkan tilam, alas tilam dan selimut, sekali seminggu. 
  • Elakkan sebarang haiwan dari memasuki rumah anda jika anda alah dengan haiwan peliharaan. 
  • Jangan benarkan orang merokok di dalam rumah anda. 
  • Buangkan segala kulat yang dijumpai di rumah. Anda boleh membasmi kulat menggunakan peluntur 
  • Peningkatan kelembapan di dalam rumah boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan hama. Biarkan sinaran matahari memasuki dalam rumah anda.  


UJIAN-UJIAN

Posted by Unknown 9:26 PG
UJIAN-UJIAN ASMA

Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk mengesahkan Asma anda.

  •  X-ray dada digunakan untuk memeriksa sebarang keabnormalan pada paru-paru. 
  •  Kiraan sel darah juga amat berguna untuk mengesan Asma. Ini kerana penghidap Asma mempunyai paras eosinofil yang tinggi. Eosinofil merupakan sejenis sel darah putih yang akan meningkat parasnya dalam keadaan alahan. Sel darah diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran eosinofil. Peningkatan sel darah putih secara keseluruhan juga boleh menandakan kehadiran jangkitan yang boleh mencetuskan serangan Asma.  
  • Ujian alahan pada kulit. Ujian ini adalah untuk memastikan kehadiran alahan pada seseorang individu. Ujian ini boleh mengesahkan kewujudan alergen-alergen yang mungkin menyebabkan tindakbalas alahan kepada pesakit tersebut. 
  • Ujian-ujian tambahan seperti ujian fungsi pulmonari dan gas darah arteri juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti fungsi paru-paru pesakit.  

TANDA-TANDA & GEJALA

Posted by Unknown 9:16 PG
TANDA-TANDA DAN GEJALA

Penghidap Asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada saluran udara.
  • Semasa keradangan, penghasilan mukus akan meningkat. Pesakit akan batuk untuk membuang mukus tersebut. Batuk merupakan mekanisma semulajadi untuk membuang bendasing yang tidak diperlukan di dalam sistem penafasan. 
  • Keradangan juga menyempitkan lagi saluran udara dan menyebabkannya spasma (kejang). Ini menyebabkan penghidap Asma mengalami kesesakan nafas dan penyempitan dada. Bunyi ronkus dihasilkan apabila udara melalui saluran udara yang sempit. 
  • Apabila kurang udara memasuki paru-paru, maka kuranglah oksigen yang dibekalkan. Kekurangan oksigen ini menyebabkan muka dan bibir pesakit asma berubah menjadi pucat dan kebiruan dan nadi pesakit juga akan meningkat. Apabila gejala ini muncul, beri rawatan pertolongan cemas dan dapatkan bantuan dengan segera.  


KOMPLIKASI 

Seseorang individu yang menghidap asma lama kelamaan akan mengalami kesan jangka panjang jika penyakitnya tidak dikawal dengan betul. Kesan-kesan buruk yang mungkin berlaku termasuklah: 
  • Keletihan bernafas- Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah disebabkan penyempitan saluran udara yang menyebabkan pesakit susah untuk menyedut udara. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk bernafas, sehingga pesakit berasa letih.
  • Pneumotoraks- Satu keadaan di mana berlakunya pengumpulan udara yang berlebihan di bahagian-bahagian tertentu dalam paru-paru. Ini terjadi kerana penghidap asma menghadapi masalah untuk menghembus udara keluar. Ini menyebabkan lebihan udara terkumpul di dalam paru-paru.


PENYEBAB DAN FAKTOR RISIKO

Posted by Unknown 8:44 PG
PENYEBAB

Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.

  • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. S
  • Seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.  

Asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen. Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah: 
  • Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wap dan asap. 
  • Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema.
  • Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. 
  • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma. 
  • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. 

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. 
  • Pencemaran udara- Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. 
  • Merokok- Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara.


ASAS SAINTIFIK

Posted by Unknown 8:03 PG
Asas saintifik

Sistem respiratori manusia terdiri daripada:

  1. Hidung - sebagai pintu masuk udara persekitaran yang mengandungi oksigen dan juga sebagai pintu keluar bagi karbon dioksida. 
  2. Saluran Udara - berperanan sebagai laluan sebelum udara memasuki paru-paru dan selepas udara dibebaskan dari paru-paru. Saluran udara ini mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiul (bronkus yang lebih kecil).  
  3. Paru-paru - tempat di mana berlakunya pertukaran di antara oksigen yang disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah. 
Semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah:
  • Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/ spasma). 
  • Penghasilan mukus yang berlebihan.
  • Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara. 

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus. Pengidap asma akan merasa seperti tercekik. Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuk ke paru-paru, udara ini akan terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi.  






PENGHARGAAN

Posted by Unknown 6:44 PG


Bersyukr kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya akhirnya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami ini. Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada selaku pensyarah  Puan Nurul Fadhilah binti Abdullah yang telah banyak memberi bimbingan dan input serta motivasi yang membina sepanjang mengendalikan kursus Anatomi dan Fisiologi Manusia (QSU3033) ini. Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi galakkan dan sokongan sepanjang kursus ini dijalankan.
Matlamat blog ini adalah sebagai panduan kepada pelajar untuk dijadikan panduan dan rujukan. Kami juga berharap dengan terhasilnya blog, segala input dan maklumat yang terkandung di dalamnya dapat memberi manfaat dan panduan kepada bakal guru, pelajar serta diri kami sendiri untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang. Ribuan terima kasih kami juga kepada suma pihak yang sudi berkongsi idea dan segala jasa dan baik budi yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah kami hargai tidak kami saya lupakan.
Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan mana yang kekurangan datangnya dari kelemahan kami sendiri.  Sekian, terima kasih.

PENYAKIT ASMA

Posted by Unknown 6:25 PG
PENGENALAN
  • Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru.
  • Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma.
  • Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.  

DESKRIPSI
  • Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang kronik yang melibatkan saluran udara.
  • Saluran udara ini merupakan laluan bagi udara yang disedut untuk memasuki paru-paru.
  • Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. 

Terdapat dua jenis asma iaitu :

1. Asma alahan
- Dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik.
- Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat. 
- Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini. 
- Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan              alergen lain dalam makanan. 
- Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.

2. Asma bukan alahan
- Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). 
- Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki
- Ia adalah kronik. 
- Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara        faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini. 
- Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh          berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.


Keterukan asma

  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari.
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari. 
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.

KANDUNGAN

Posted by Unknown 5:38 PG
Asma

  • Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru.
  • Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'.
  • Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Isnin, 12 Mei 2014

BIODATA CIKGU

Posted by Unknown 8:04 PG

NAMA             : MOHD FAREZ BIN ZULKIFLY

NO. MATRIK : D20112052117

KURSUS          : AT- 46 ISMP MULTIMEDIA

INSTITUSI      : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS







NAMA             : MUHAMMAD FIRDAUS BIN MINHAT

NO. MATRIK : D20112056405

KURSUS          : AT- 46 ISMP MULTIMEDIA

INSTITUSI      : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ASMA 3

Posted by Unknown 7:28 PG
Animasi perubatan 3D ini memberikan gambaran anatomi pernafasan atas dan penyakit paru-paru yang inflames, tanda-tanda dan penyebab berlaku asma.



ASMA 2

Posted by Unknown 7:24 PG
Asma adalah keadaan kronik yang boleh diuruskan tetapi tidak sembuh. Animasi ini menerangkan asma secara terperinci.




SISTEM PERNAFASAN

Posted by Unknown 7:24 PG
Sistem pernafasan adalah pengambilan oksigen (O2) dari udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air. Sistem pernafasan mempunyai 4 komponen iaitu :
1. Laluan Udara (Airway) mulai dari hidung / mulut ke paru-paru.

         Laluan Udara Atas           Laluan Udara Bawah
        Hidung dan Mulut                       Trakea
        Tekak (faring)                           Bronkiol Alveolus

2. Paru-Paru (Pulmonari) – sepasang organ yang terletak di ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar      rusuk,otot-otot interkosta,tulang vertebra dan tulang sternum. Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen      kanan dan 2 segmen di kiri yang memenuhi rongga dada. Paru-paru diselaputi oleh selaput yang          dipanggil pleura. Di dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari di mana berlakunya    pertukaran gas.

3.  Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot 
(neuromuscular Apparatus) – tulang-tulang rusuk, tulang strenum, diafragma dan otot-otot dada             (Intercostal muscles). Satu  bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot-otot interkostal dan diafragma semasa mengembangkan / menguncupkan ruang rongga  dada untuk pernafasan.


4.  Saluran Darah (vessels) – Vena, arteri, kapilari.
  Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru.
  Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan alveolus.
  Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-paru ke jantung.




ASMA 1

Posted by Unknown 7:10 PG

Video ini menunjukkan bagaimana serangan asma berlaku.



  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube